Wednesday, February 16, 2011

adakah dia berubah?

Pada suatu hari, seorang gadis telah meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada sang kekasih. Ini adalah kerana si gadis mendakwa bahawa kekasihnya tidak memperdulikannya...lalu pemuda itu menjawab...`abg mmg syg kat syg....tp syg bukannya budak kecil untuk dimanja2".....Lalu si gadis pun merajuk dan terfikir bahawa lelaki tersebut sudah tidak menyayangi dirinya lagi....Mula merasuk satu persatu soalan di dalam benaknya...adakah pemuda itu telah mempunyai kekasih lain kerana dia sdh tidak seperti dulu.....


Peristiwa seperti di atas mesti selalu berlaku dalam kehidupan seharian kita.....tp jarang sekali kita melihat peristiwa itu dari banyak sudut kerana kita selalunya akan terarah untuk menilai dari pandangan mata kita sahaja. Pernah juga mendengar keluhan teman2 yang mengatakan bahawa kekasih mereka sudah tidak seperti dahulu...tapi pernahkah kita terfikir mengapa mereka berubah

1.) mungkin mereka sudah bosan dengan perangai kita yang terlalu mengada2????
2.)mungkinkah mereka sebenarnya hipokrit di awal pertemuan dan berusaha untuk tampil sempurna di hadapan kita???
3.) mungkinkah sebenarnya mereka sdg menanggung bebanan masalah yang terlalu sukar untuk dilafazkan??

Apapun masalahnya....jawapannya terletak pada 1 kunci iaitu dia sebenarnya tidak berubah....tapi dia kelihatan seperti berubah kerana semakin lama kita mengenali seseorang...semakin kita terdedah dengan sifat sebenarnya.....itu sebenarnya adalah satu proses mengenali sifat sebenarnya...dan proses itulah yang akan menentukan sama ada kita serasi untuk bersama ataupun tidak....


So...belajarlah mengenali hati budi pasangan kita n terimalah dia apa adanya.....=)



regards,
Lala Atimin

Tuesday, February 15, 2011

my first day

today is my first day become a blogger.....terlalu banyak sebenarnya yang boleh dikongsi bukan sahaja berkisar tentang my world..tetapi juga melalui pengalaman orang lain yang boleh diambil teladan. saya harap blog `my world` akan dapat membantu saya dan ramai orang lain di luar sana untuk lebih memahami erti hidup yang sebenar.

Sejak di bangku sekolah rendah saya telah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang penulis dan saya juga telah menghasilkan beberapa cerpen yang berkisar tentang kehidupan sebenar sama ada pengalaman saya mahupun pengalaman yang saya saksikan daripada orang lain. Bagaimanapun, rezeki saya bukan pada bidang penulisan mungkin (kerana kini saya telah menceburi bidang hartatanah dan pasaran harta)....tp syukur alhamdulillah, kalau pun tidak terlibat secara langsung...saya masih punya ruang untuk menulis di blog ini....

saya harap ada insan yang sudi berkongsi dengan sy....moga kita dapat sama-sama mendalami erti kehidupan...tq