Sunday, March 31, 2013

Memori yang menyakitkan

Salam...

Pernah tak anda merasakan satu perasaan yang menyakitkan mengenai satu memori yang sepatutnya sangat bermakna??? Dan kini, aku sedang merasakan perasaan itu.....kenangan terindah yang patutnya dikenang seumur hidup sangat menyakitkan....setiap kali mengingatkannya luka2 itu pasti akan berdarah kembali....satu tempat yang sepatutnya mengembirakan ternyata hanya akan menambah luka dihati.....Dan, aku pasti tidak akan menjejakkan kaki ke sana lagi.....sehingga hujung nyawa....bukan salah tempat yang damai itu...tapi kerana hati yang dilukai dan dicurangi.....hati yang diperbodohkan......sabarlah duhai hati....Allah itu maha Adil...



Lala Atimin

Friday, March 29, 2013

Kehilangan...hari2 terakhir

Permata hati ibu...
Sayunya hati menghadapi kehilangan buat kali ke2...tp ibu redha menghadapi ujian daripada Allah. Ibu yakin pasti akan ada yang lebih baik menanti ibu...sayang, biarpun hanya seketika bersamamu...kasih sayang ibu xkan pernah berubah. Doa ibu akan sentiasa mengiringi...

29/3/2013
Doktor mengatakan bahawa permata hati ibu ini tidak akan selamat dan sebenarnya telah tidak bernyawa dan ibu & ayah telah sedia redha. Malah lebih tenang menghadapi berbanding kehilangan yang pertama...Alhamdulillah..kami kini sudah mempunyai dua orang penghuni syurga. Moga yusuf tidak keseorangan disana..kini ada luth menemani...

Dan kini permata hati ibu masih ada di dalam rahim ibu...menanti saat sebenar untuk pergi...mungkin untuk memberi peluang sejenak pada ibu & ayah bersamanya....dan kini ibu sedang meniti hari2 terakhir bersamamu...Pergilah sayang andai ini takdirNya...Ibu redha n restu setiap perjalananmu ke syurga....usah menoleh lagi kerna ibu yakin pada janji tuhan...kita pasti akan bertemu lagi....tak lama lagi akan ada dua bintangku dilangit...

Kecintaan pada Allah semakin bercambah serta keyakinan kepadaNya...pasti ada yang lebih baik menanti kami....kebahagiaan buat ibu & ayah....disaat ini tangan ibu masih bergetar mengusap perut....sambil ibu berfikir...agaknya bila anakku ini akan turun sendiri....Ayah teringin untuk melihatmu buat kali terakhir kerana kesalnya hati ayah tidak sempat melihat yusuf...

Tuhan, tolong jagakan anak2 ku untukku....


Ikhlas dari hati,
Lala Atimin

Friday, March 15, 2013

Ketenangan

Dah lama x update blog........x tau nak update ape pown..

Alhamdulillah..di sebalik semua ujian Allah ini akhirnya aku temui satu ketenangan yg x pernah aku kecapi. Walaupun di sebalik tangisan....aku mampu merasakan kasih Allah yg sangat indah....Syukur....Syukur kerana aku diuji begini.....

Walaupun insan-insan yang aku sayangi masih belum mampu mengerti tetapi aku akan selalu mendoakan agar mereka diberikan kesabaran hati sebagaimana Allah mengurniakan kekuatan hati kepadaku...Cinta Agungku, janganlah lepaskan aku walau sesaat...ternyata tanpaMu aku akan terus tenggelam.

Akhir2 ini aku selalu bermimpi mengendong seorang bayi tetapi bukan bayiku...mungkin juga kerana terlalu rindukan permata hatiku...mudah2 permata hatiku sedang tersenyum disana menantikan aku. Cari2 dlm mr. Google, klo mimpi mengendong bayi akan mendapat rezeki yang baik n mimpi bayi mendapat bayi yg dibuang maksudnya akan memperoleh ketenteraman jiwa..ni tafsiran mengikut islam yg aku jumpa....entahlah...Allah je yg tahu..tapi sememangnya sudah memperolehi ketenteraman jiwa itu..

Aku tak akan lari..malah aku akan tetap tabah menghadapi ujian yg diberikan padaku...kerana aku amat meyakini janji2 Allah S.W.T....Cinta Agungku...Moga dipermudahkan segalanya bagiku..



Ikhlas dari hati
-Lala Atimin-

Wednesday, March 6, 2013


Alhamdulillah..syukur kerana Allah masih lagi memberikan rahmat hidup bagiku biarpun amat payah untuk meniti setiap detik-detik kehidupan. Namun aku takkan pernah takut untuk meneruskan langkah kerana aku tahu Allah S.W.T tak pernah membiarkan aku keseorangan. Sesiapa pun di muka bumi ini takkan pernah rasa keseorangan bila cinta Allah sentiasa bersinar di hati..InshaAllah..

Terima kasih Allah kerana rahmat yang diberikan padaku…Aku kini tabah dan semakin tabah mengutip setiap semangat dan sokongan untuk bekalanku. Ternyata aku kini tenang bila tidak perlu lagi menipu banyak hati. Aku tidak perlu lagi menangis dalam kegelapan keseorangan, aku tidak perlu lagi menahan tangisan bila bercakap dengan bonda dan aku tidak perlu lagi berusaha tersenyum dengan hati yang parah terluka…Malah, aku tidak perlu lagi menangisi n menyesali satu demi satu pembohongan yang terpaksa aku lakukan untuk insan yang tidak pernah menghargai.....Sekarang, aku boleh mendongak ke langit dan tersenyum seikhlasnya melihat bintang-bintang yang bersinar….kerana antara bintang itu adalah permata hatiku Adam Yusuf…kini tersenyum menanti kehadiranku.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku dengan insan-insan yang begitu menyayangi dan memahami sehingga aku tidak pernah ketandusan kasih sayang. Pintaku Allah, kurniakan kesabaran dan keredhaan di hati-hati itu sebagaimana Engkau telah memberikan kekuatan di dalam hatiku. Berkatilah hidup setiap insan-insan itu kerana merekalah kekuatanku. Janganlah Engkau uji mereka dengan penderitaan yang berat sepertiku, cukuplah aku sahaja yang menanggungnya. Namun, syukur Allah kerana ujian kali ini benar-benar telah mampu menambahkan lagi kasih aku padaMu. Malah, mengurangkan lagi jarak antara kita….Alhamdulillah..aku insan yang Engkau pilih untuk melalui setiap ujianMu.

Ketahuilah wahai insan2 yang menzalimi….sabar itulah sebenarnya benteng diriku yang terakhir dan bila ia telah tiada aku pasti akan pergi. Ketahuilah wahai pemilik2 hati itu, bahawa Allah tidak akan mengizinkan aku selamanya menderita kerana janji Allah setiap penderitaan itu pasti akan terselit kebahagiaan di akhirnya. Dan sedarilah wahai hati2 itu….bahawa aku takkan pernah takut untuk mati kerana akhirnya engkau juga pasti akan menurutku ke sana. Dan aku pasti akan menuntut keadilan di akhirat kelak. Biar disini aku bersabar malah tidak sedikitpun membalas…kerana aku yakin ketetapan tuhan setiap perbuatan akan dibalas…Berapa banyak nyawa lagi yang akan dikorbankan untuk membuka mata dan hati mereka yg terlalu zalim...Kalaulah nyawaku yg boleh membukanya...aku redha andai ia ketetapan tuhan...

Ya Allah, Janganlah pernah meninggalkan aku dan terangilah jalanku untuk bertemu denganMu…

p/s: special thanks to my lovely mum n dad, abg amry, kak aini, abg ujai, kak intan, kak ana, abg fitri, kabu, didi n all my family in law for ur support n understanding...i love u all sincerely from the bottom of my heart and will keep it inside my heart till my last breath.

For u my love...thanks for everything...


Ikhlas dari hati
-Lala Atimin-