Tuesday, February 19, 2013

Duhai hatiku

Wajah itu selalu membayangi 
Biar seribu batu memisahkan
Namun wajah itu selalu bermain diminda
Biar aku berlari kehujung dunia
wajah itu tetap setia menemani setiap langkahku

Bagaimana harus ku tutup pintu hati
Dan bagaimana harus ku ubati luka yang parah
Rindu yang melanda seakan membunuhku
Takkan surut cinta dihati
Tuhanku, tunjukkanlah aku arah
Kemana harus ku tuju

Mengertilah wahai hati,
Cinta dan pengertian yang kau dambakan
Takkan pernah wujud
pada kamus kehidupan wajah itu

Fahamilah duhai hati,
kesetiaan dan kejujuran takkan pernah hidup
Malah takkan pernah ada
Pada insan yang digelar cinta matiku

Maka sedarlah hatiku yang pilu
Pergilah sejauhnya
Buanglah segalanya
Padamkan memori padanya
InshaAllah...pintu kebahagiaan akan terbuka buatmu...


Ikhlas dari hati
-Lala Atimin-

Saturday, February 16, 2013

Tiada Ruang Buatmu

Segala kesakitan kini tidak dapat dibendung,
cukuplah segala kesabaran n kesetiaan
Engkau masih begitu...tidak akan menghargai
Biarlah aku pergi..membawa hati yang parah...

Engkau terlalu ego
Malah terlalu kejam menambah pedih di hati
Tergamak kau membina kebahagiaan
Di atas air mataku n permata hatiku
Dugaan demi dugaanku tempuhi
Aku berjanji pada diri
Akan pergi bila tiba masanya
Kini masa itu telah tiba

Hatiku telah kering..
Namamu telahku buang jauh dari hati..
Lepaskanlah n redhalah dengan ketentuan
Moga masih ada sinar kebahagiaan lain untukku.

Telah tiada ruang dihati buatmu..



Ikhlas dari hati
-Lala Atimin-


Thursday, February 14, 2013

To all friends,

sorry sbb terpaksa melanggar janji n x dpt create entry utk KL reception and my honeymoon atas sebab2 tertentu. Tq sebab memahami..^^


Ikhlas dari hati
-Lala Atimin-

Permata hati


Pergilah permata hati ibu
Ibu redha engkau pergi
Maafkan ibu kerana membuat mu derita
Sepanjang berada disisi ibu

Ibu tahu engkau kini tersenyum
Di bawah rahmat Allah yang Satu
Nantikan ibu di sana
Janji Allah bahawa kita pasti akan bertemu lagi

Damailah di sana anakku
Senyumlah untuk ibu
Moga bahagia menanti kita disana
Bila tiba masa ibu akan datang menemani

Sesungguhnya hanya engkaulah permataku
Yang menyuluhku di dalam kegelapan
Hanya ada sebutir bintang ditanganku
Kini bintangku telah tenang disana


Ikhlas dari hati
-Lala Atimin-

Wednesday, February 6, 2013

Riwayat Cinta


Gerhana yang melanda seluruh alam semesta
Dunia gelap sunyi tanpa cahaya
Begitulah hatiku terasa

Siapa yang rela bernafas dalam derita
Membiar perasaan jadi sengsara
Dicengkam sedih yang terduga

Kemana hilangnya keindahan yang ingin kutambah
Diselimut rasa sepi keseorangan
Dihiris kelukaan

Sentuhanmu yang pertama
Bagaikan madu yang menyiram asmara
Tapi itu hanyalah kepalsuan
Tersingkir aku di dalam khayalan

Perlukah aku bercinta
Andai hidup berteman airmata
Biarkan saja aku bersendiri
Usah kau memandang wajahku lagi

Sesungguhnya tiada jalan untuk hidup bersama
Ku rela kepedihan menjadi luka
Berakhirlah riwayat cintaku


Ikhlas Dari Hati
-Lala Atimin-

Monday, February 4, 2013

Buat Permata Hati

Buatmu permata hatiku..


Terima kasih kerana sudi menjadi alasan untukku supaya terus hidup..Terus tabah untuk mengharungi segala kepahitan walaupun di dalamnya hati yang telah hancur berkecai...Terima kasih kerana menjadi penyebab untukku supaya tidak berdendam. Malahan, redha dan semakin yakin dengan ketentuan Allah...

Engkau adalah satu-satunya milikku...yang mampu mendorong biarpun belum mampu berkata-kata. Bila tiba masanya, aku ingin membawamu pergi dari segala derita ini. Agar kita mampu mencipta kebahagiaan kita sendiri...Agar tiada hati yang akan terluka lagi.

Berundur bukan bererti kita kalah tapi kerana kita masih punya perasaan kemanusiaan pada insan yang tidak pernah berperikemanusiaan. Berdiam bukan bermakna kita mengalah tetapi bukti bahawa kita bukan zalim sepertinya.

Terima kasih permata hatiku...Adam Yusuf


-Lala Atimin-
Ikhlas dari hati

Pergilah Hati Yang Sayu


Telah hilang indah sinaran mentari
Telah ranap seluruh taman hati
Sekelip mata segalanya berlalu
Berlalu meninggalkan hati yang parah

Setia yang kupahat pecah berkecai
Cinta yang tersemai akhirnya layu
Bebunga rindu jatuh berguguran
Menyakiti segenap kalbu ini

Engkau pernah berkata
Apabila tertutup  pintu kebahagiaan
Akan terbuka pintu yang lainnya
Mengapa gelap gelita kurasa
Sehingga tak mampu melihat cahaya

Ya Allah,
Andai sudah tersurat takdirku
Redhakanlah hatiku menempuhinya
Andai ini sudah suratanku
Kuatkan hatiku untuk menghadapinya

Andai cinta itu telah tiada
Dan rindu juga tidak bersisa
Biarlah waktu merawat duka
Pergilah..Pergilah hati yang sayu
Moga Kebahagiaan menanti di sana

Ku ingin melangkah sejauhnya
Dari cinta yang penuh derita
Tuhanku redhai perjalananku
Bersama putera kecil bersamaku…ADAM YUSUF


-Lala Atimin-
Ikhlas dari hati