Monday, February 4, 2013

Buat Permata Hati

Buatmu permata hatiku..


Terima kasih kerana sudi menjadi alasan untukku supaya terus hidup..Terus tabah untuk mengharungi segala kepahitan walaupun di dalamnya hati yang telah hancur berkecai...Terima kasih kerana menjadi penyebab untukku supaya tidak berdendam. Malahan, redha dan semakin yakin dengan ketentuan Allah...

Engkau adalah satu-satunya milikku...yang mampu mendorong biarpun belum mampu berkata-kata. Bila tiba masanya, aku ingin membawamu pergi dari segala derita ini. Agar kita mampu mencipta kebahagiaan kita sendiri...Agar tiada hati yang akan terluka lagi.

Berundur bukan bererti kita kalah tapi kerana kita masih punya perasaan kemanusiaan pada insan yang tidak pernah berperikemanusiaan. Berdiam bukan bermakna kita mengalah tetapi bukti bahawa kita bukan zalim sepertinya.

Terima kasih permata hatiku...Adam Yusuf


-Lala Atimin-
Ikhlas dari hati

No comments:

Post a Comment