Wednesday, March 6, 2013


Alhamdulillah..syukur kerana Allah masih lagi memberikan rahmat hidup bagiku biarpun amat payah untuk meniti setiap detik-detik kehidupan. Namun aku takkan pernah takut untuk meneruskan langkah kerana aku tahu Allah S.W.T tak pernah membiarkan aku keseorangan. Sesiapa pun di muka bumi ini takkan pernah rasa keseorangan bila cinta Allah sentiasa bersinar di hati..InshaAllah..

Terima kasih Allah kerana rahmat yang diberikan padaku…Aku kini tabah dan semakin tabah mengutip setiap semangat dan sokongan untuk bekalanku. Ternyata aku kini tenang bila tidak perlu lagi menipu banyak hati. Aku tidak perlu lagi menangis dalam kegelapan keseorangan, aku tidak perlu lagi menahan tangisan bila bercakap dengan bonda dan aku tidak perlu lagi berusaha tersenyum dengan hati yang parah terluka…Malah, aku tidak perlu lagi menangisi n menyesali satu demi satu pembohongan yang terpaksa aku lakukan untuk insan yang tidak pernah menghargai.....Sekarang, aku boleh mendongak ke langit dan tersenyum seikhlasnya melihat bintang-bintang yang bersinar….kerana antara bintang itu adalah permata hatiku Adam Yusuf…kini tersenyum menanti kehadiranku.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku dengan insan-insan yang begitu menyayangi dan memahami sehingga aku tidak pernah ketandusan kasih sayang. Pintaku Allah, kurniakan kesabaran dan keredhaan di hati-hati itu sebagaimana Engkau telah memberikan kekuatan di dalam hatiku. Berkatilah hidup setiap insan-insan itu kerana merekalah kekuatanku. Janganlah Engkau uji mereka dengan penderitaan yang berat sepertiku, cukuplah aku sahaja yang menanggungnya. Namun, syukur Allah kerana ujian kali ini benar-benar telah mampu menambahkan lagi kasih aku padaMu. Malah, mengurangkan lagi jarak antara kita….Alhamdulillah..aku insan yang Engkau pilih untuk melalui setiap ujianMu.

Ketahuilah wahai insan2 yang menzalimi….sabar itulah sebenarnya benteng diriku yang terakhir dan bila ia telah tiada aku pasti akan pergi. Ketahuilah wahai pemilik2 hati itu, bahawa Allah tidak akan mengizinkan aku selamanya menderita kerana janji Allah setiap penderitaan itu pasti akan terselit kebahagiaan di akhirnya. Dan sedarilah wahai hati2 itu….bahawa aku takkan pernah takut untuk mati kerana akhirnya engkau juga pasti akan menurutku ke sana. Dan aku pasti akan menuntut keadilan di akhirat kelak. Biar disini aku bersabar malah tidak sedikitpun membalas…kerana aku yakin ketetapan tuhan setiap perbuatan akan dibalas…Berapa banyak nyawa lagi yang akan dikorbankan untuk membuka mata dan hati mereka yg terlalu zalim...Kalaulah nyawaku yg boleh membukanya...aku redha andai ia ketetapan tuhan...

Ya Allah, Janganlah pernah meninggalkan aku dan terangilah jalanku untuk bertemu denganMu…

p/s: special thanks to my lovely mum n dad, abg amry, kak aini, abg ujai, kak intan, kak ana, abg fitri, kabu, didi n all my family in law for ur support n understanding...i love u all sincerely from the bottom of my heart and will keep it inside my heart till my last breath.

For u my love...thanks for everything...


Ikhlas dari hati
-Lala Atimin-

No comments:

Post a Comment