Monday, April 15, 2013

Sarang tebuan jangan dijolok...^^


Salam..hi...

Jangan cuba menjolok sarang tebuan...jangan cuba mendesak orang yang sekian lama bersabar dengan anda. Kerana bila orang itu bangkit....dan bila kesabaran itu habis....dia pasti akan mengejar anda sehingga ke lubang cacing....Perbuatan mendesak orang yang bersabar akan hanya menunjukkan kebodohan dan betapa terdesaknya anda. Dan suatu hari nanti, orang sendiri akan tahu keaiban anda kerana anda sendiri yang menyingkap kain anda sendiri....berjuang untuk menegakkan benang yang basah....itu tidak akan mendatangkan manfaat...hehehe...

"Setiap detik dan waktu adalah milik Allah...yang Allah pinjamkan pada kita. Setiap saat adalah satu peluang yang Allah berikan tetapi kita sahaja yang ego untuk mengakuinya dan terus hanyut dengan dunia. Berbaloikah untuk kita korbankan kebahagiaan kita yg abadi di sana untuk kebahagiaan kita di dunia yang sementara. Entah esok atau lusa masa kita akan tamat...terserah pada kita untuk memilih kembali pada Allah dengan dengan senyuman atau tangisan...dengan kebahagiaan atau dengan kesengsaraan..."- Fadilah Journal, 2013 (hahaha...)


Insaflah wahai manusia2 yang terdesak...fikirkan orang2 tersayang...jangan memalukan diri sendiri n keluarga anda...jangan biarkan air mata mereka terutamanya ibu bapa kita menitis kerana kebodohan n keangkuhan  kita.


p/s: minggu2 terakhir untuk menyiapkan thesis.....huhu..


Ikhlas dari hati,
-Lala Atimin-

No comments:

Post a Comment